Monday, November 2, 2009

Jabatan Amal Pahang hantar wakil ke Jambori Amal Pringkat Kebangsaan di Sabak Bernam Selangor

Pintu gerbang tapak perkhemahan kontigen amal negeri Pahang di
Sg Nibong, Batu 23 Sabak Bernam Selangor.
Khemah kontigen Amal Pahang runtuh disebabkan hujan lebat.
Kontigen Pahang diketuai oleh Abdul Aziz Kamali (tidak berbaju)
bergotong royong memulihkan khemah yang runtuh
Pembarisan kontijen Amal Pahang, bersiap menghadapi cabaran.
Peserta nasyid daripada negeri Pahang

Tersergam indah...Markaz Pas Kawasan Sabak Bernam
Kontigen Amal Negeri Pahang sedang bergotong royong membersihkan
Markaz Pas Kawasan Sabak Bernam
Peserta kontigen Pahang yang mengambil bahagian dalam acara tarik tali
sedang membuat persiapan terakhir sebelum berentap dengan Pasukan Negeri Kedah
Sheikh Anuar Abd Majid mengemudi pasukan pahang dalam acara
tarik tali.
Ust Nasruddin Hassan At-Tantawi sedang berucap semasa
program penutup Jambori Amal peringkat kebangsaan
Yb Tuanguru Hj Abdul Hadi Awang berucap di penutup program
Jambori Amal Peringkat Kebangsaan yang diadakan di Kg Sungai Nibong
Sabak Bernam, Selangor
Perbarisan terakhir...anggota jabatan amal sedang mendengar amanat dari
Yb Tuanguru Presiden Pas Pusat
Sajeri Jenemun... Salah seorang veteran Kontigen Jabatan Amal Pahang
turut menyertai pembarisan Amal

Tuesday, October 27, 2009

KORBAN PERDANA MISI KEMANUSIAAN AMAL 1430 H.

Kuantan - Pengarah Urusetia korban Perdana Yayasan Amal Malaysia (AMAL) Cawangan Pahang Ust Rosli Abdul Jabbar mengalu-alukan kepada orang ramai untuk menyertai ibadah korban / aqiqah bagi tahun 1430 H.


Menurut beliau pada tahun ini pihak urusetia korban akan melaksanakan korban pedana misi kemanusiaan di penempatan mangsa perang Mindanao, perkampungan islam di pendalaman Sabah dan Sarawak, perkampungan orang-orang asli, Selatan Thailand, kemboja dan Sri Lanka.

Pada tahun ini pihak urusetia korban mensasarkan 100 ekor lembu untuk di agihkan ke tempat-tempat diatas. Kadar bayaran bagi satu bahagian lembu ialah sebanyak RM250.00 manakala seekor kambing RM 350.00. Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai ibadah korban ini bolehlah berhubung dengan :

1. Pengarah : Ust Rosli b. Abdul Jabbar - 0199392134
2. Timb. Pengarah : Nasrun Amir b. Abdullah - 0139359898
3. Setiausaha : Ust Sharuddin Muhammad - 0139191721
4. Bendahari : Johari b. Abdul Wahid - 0139844767

Bayaran penyertaan juga boleh melalui akaun maybank Yayasan Amal Malaysia (AMAL) Cawangan Pahang - 5560 1100 975 6 serta SMSkan maklumat anda kepada Sdr Johari Abdul Wahid di nombor 013 984 4767

Sunday, October 18, 2009

JAMBORI JABATAN AMAL MALAYSIA 2009

JAMBORI JABATAN AMAL MALAYSIA 2009

TEMPAT:BATU 23, KG SUNGAI NIBONG, SUNGAI BESAR,
SELANGOR DARUL EHSAN.

TARIKH:
30hb OKT hingga 1hb NOV. 2009

Peserta : 17tahun ke atas sahaja.
(36 orang setiap kawasan)

Acara : Amal Race, Rentas Halangan, Sukan Rakyat, Keluarga Angkat,
Bolasepak, Aktiviti Kemasyarakatan, Kawad, Persembahan Artis Amal dsb.

Yuran : RM20.00 seorang (pendaftaran, makan & t-shirt)

Kami juga membuka peluang kepada sesiapa yang ingin menyertai AQIQAH sempena jambori kali ini dengan menghubungi Anuar (019-388 7045) atau Mazali (019-610 1782). Harga satu bahagian RM350.00

Sila panjangkan maklumat ini kepada kawasan tuan2.

Terima kasih.

Wednesday, October 14, 2009

SUASANA HARI MENGUNDI DI PETI UNDI SUA BETONG, BAGAN PIANG


Che Mud keletihan ...selepas berjaga disepanjang malam





Gelagat penyokong -penyokong UMNO
Samseng UMNO (berbaju oren), menunjukkan isyarat lucah dan
sedikitpun tidak menghormati arahan dari pihak polis.





Wednesday, July 22, 2009

JAMBORI AMAL NEGERI PAHANG KALI KE 12

Salam Amal...
Tahniah kepada Anit Amal Malaysia Kawasan-Kawasan yang menghantar Kontinjen ke Jambori kali ini terutama kepada Unit Amal Malaysia Kawasan Temerloh yang dapat menghantar peserta teramai dan juga dapat membolot Kontinjen Amal Kawasan terbaik bagi Jambori Amal Negeri Pahang Kali ke 12 ini. Semoga berlalunya Jambori kali ini membuahkan hasil yang lumayan kepada Amal Negeri Pahang.


Terimakasih tidak terhingga kepada Amal Kawasan Lipis dan Cameron Highland yang menjadi tuan rumah terpaksa bertungkus-lumus membantu urusetia menjayakan Jambori ini. Terlalu banyak kemanisan yang dapat dicicip dari puncak Cameron Highland oleh peserta-peserta Jambori ini.


AL-'AMALULILLAH!!!

Sunday, July 19, 2009

FIKRAH KEMANUSIAN PEMUDA GERAKAN MALAYSIA


SEGALA PUJI HANYA MILIK ALLAH SUBHA NAHU WA TA'ALA lantaran Pemuda Gerakan Malaysia menyatakan hasrat pendirian mereka untuk bersama-sama turun menghadapi Penguasa Kerajaan Malaysia bagi bersama-sama menyertai Himpunan Aman Mendesak Memansuhkan Akta Zalim I.S.A. Ini menunjukkan betapa salah satu komponen daripada Kerajaan Barisan Nasional itu sama sekali mengingkari dasar yang telah sekian lama mereka bersekongkol. Perkara ini menambahkan lagi sengsara Umno yang kian hampir dijurang kehancuran. Hanya ALLAH Subha Nahu Wa Ta'ala sahaja yang tahu bilakah masanya bahtera BN yang dikemudi oleh Umno akan benar-benar karam. Telah ternyata benar kini bahtera mereka kian senget akibat kebocoran.

Jabatan Amal Negeri Pahang amat mengalu-alukan hasrat penggabungan Pemuda Gerakan dalam Himpunan GMI pada awal Ogos nanti yang hanya tinggal 2 minggu sahaja lagi. Namun begitu kami mengharapkan hasrat mereka ini benar-benar tulus tanpa tersirat sebarang agenda disebaliknya melainkan semata-mata ingin menegakkan kebenaran di Tanah Air yang sama-sama kita diami ini. Dengan maksud ini juga kami mengharapkan pada hari himpunan aman tersebut, Pemuda Gerakan dapat memperlihatkan identiti parti mereka yang mampu disaksikan tanpa kesangsian oleh dunia bagi merealisasikan kehadiran mereka. Tuntutan ini adalah untuk kebaikan bersama dengan niat untuk menutup segenap pintu kezaliman.

Himpunan aman kali ini juga kami benar-benar mengharapkan dapat dijalankan dengan aman dan harmoni tanpa campur tangan politik dan gangguan pihak berkuasa. Setiap siri penganjuran Himpunan Aman yang lepas sentiasa dinoda dan dicabul oleh pihak yang berkuasa tanpa rasa malu kerana menghadapi rakyat yang berhimpun menuntut keadilan tanpa belas kasihan sedangkan rakyat yang hadir tanpa membawa sebarang senjata yang mampu mengancam keamanan negara melainkan batang tubuh yang lemah. Apakah tindakan-tindakan pihak berkuasa yang mengeksploitasi kelemahan rakyat begitu wajar layanannya? Sudah tiba masanya pihak berkuasa tidak "double standard" dalam sebuah negara demokrasi. Pihak Kerajaan dan Pihak Berkuasa Malaysia sewajarnya berterima kasih kepada golongan rakyat marhaen yang telah sekian lama memperjuangan hak asasi kemanusian semua pihak tidak mengira apa status sosio sesuatu pihak. Kami bagi pihak Unit Amal Malaysia amat bersimpati dengan pihak berkuasa yang bergelar anggota polis kerana bertindak-tanduk dibawah cengkaman pihak kerajaan demi sesuap nasi. Mungkin selepas siri GMI ini rakyat marhaen perlu berhimpun secara aman menggadai masa, tenaga dan wang ringgit untuk membela nasib institusi keselamatan negara terutama institusi polis yang dieksploitasi oleh pihak kerajaan. Semoga Malaysia kearah sifar kezaliman satu persatu. WaLLAHU A'Lam.

Monday, July 13, 2009

Korban Perjuangan




















Salam perjuangan...

Jabatan Amal Pahang menyeru sahabat-sahabat daripada Unit Amal Malaysia Negeri Pahang, melapor diri kepada Jabatan Amal Pahang atau Unit Amal Malaysia Kawasan masing-masing. Setiap negeri diminta dapat menghantar petugas-petugas Amal seramai mungkin, sekurang-kurangnya seratus pestugas. Oleh itu sayugialah aktivis amal bersiap-sedia memberi komitmen dalam menjayakan tuntutan kita terlaksana.

ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR!! ALLAHU AKBAR!!! Ayuh kita tentang kezaliman habis-habisan!